Thursday 30 May 2013

BBm 3410 : Salam Terakhir.






SITI NOR ATIKAF BINTI SALLEH
157105

Assalamualaikum Dr Notts dan sahabat dunia akhirat.
Tetiba rasa sedih pulak time nak tulis blog kali nih. Umm...Rasa macam kejap je kan. Dah sampai hujung sem dah. Sem ni paling kejap masa berlalu..tak sama dengan sem satu yang rasa macam lamaaaa sangat. Sem nih merupakan sem paling mencabar bagi aku sebagai pelajar di UPM. Banyak sangat tugasan, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum tamat belajar. Campur dengan projek ilmiah tahun akhir lagi, dengan asaimen yang bertimbun-timbun bagai bukit lagi, video sana video sini. Huhu menangis dalam hati. Sabar je lah. Banyak-banyak kelas yang aku ambil sem nih kelas BBM3410 paling menguji tahap mental dan fizikal aku. Sungguh. Setiap kali masuk kelas otak dan perut aku mula mengecut. Takut. Takut dengan Dr Notts yang garang. (haha, garang ke? DR baik kan..kan ) Dan setiap kali masuk kelas jugak bermakna kena bersedia dengan tugasan yang baru. Tugasan itulah kadag-kadang buat aku rasa macam nak gigit laptop pun ada. Tapi sebenarnya aku tau, aku tau Dr tahu yang terbaik buat aku dan rakan-rakan. Dr Notts tahu apa yang sedang dia lakukan. DR sedang latih aku untuk menjadi seorang yang kental di masa akan datang. Masa depan bukan boleh kita rancang kita nak yang bagaimana. Semuanya adalah takdir Allah.

Dan sesungguhnya, aku banyak mempelajari ilmu baru yang mungkin aku tidak dapat memperolehinya di luar sana, jauh sekali di dalam buku. Ilmu yang aku tak sangka aku akan dapat. Aku tahu bagaimana rasanya bekerja di bawah tekanan bos yang suka mengarah dan memaksa. Aku juga tahu erti bekerjasama dalam pasukan dan yang paling penting aku tahu apa itu sahabat. Aku sayang sahabat-sahabat aku yang terdiri dari kelas BBM3410 itu sendiri. Mereka mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dalam menjalani kehidupan. Terima kasih sahabat. Buat Dr Notts, terima kasih mengajar saya yang dunia tidak semudah yang disangkan. Terima kasih juga untuk segala ilmu yang dicurahkan kepada saya secara langsung mahupun tidak formal. Demi Allah, saya sayang Dr dan sahabat saya. Ada rezeki, kita jumpa lagi dilain masa. Maaf kalau ada kekurangan dari diri ini yang telah menyingung perasaan mana-mana pihak. Nanti raya jemput datang rumah ye.

Oh ya, sebelum  itu, ini tugasan video yang telah kami lakukan sepanjang menuntut ilmu di dalam kelas BBM 3410 : selamat menonton.




VIDEO SERAM SEYHHH.



KAT BAWAH NIH VIDEO ONE SHOT..




NI VIDEO PENGAJARAN: ADAB MEMANDU ( BITARA, JEJARI PATAH, BIDASARI UNNIE)





*Video tanpa wajah ( BBm3410: Video tanpa wajah Bidasari Unnie) dan Video realiti orang Malaysia ( BBM 3410 Realiti Orang Malaysia) tidak boleh dimuat naik di sini. Harap maaf atas kesulitan yang berlaku. Rajin-rajin lah tengoknya di Utube ye. ^^v.


Dan ini pula gambar-gambar unik yang telah dihasilkan oleh gabungan kumpulan Bidasari Unnie, Bitara dan Jejari Patah. Semoga terhibur.


























































Salam akhir..
Terima Kasih Dr Notts tersayang..terima kasih sahabat-sahabat yang dikasihi.
Tanpa anda, siapalah saya.



BBM 3410 LAMAN WEB


Tugasan seterusnya yang telah dibekalkan kepada saya ialah tugasan mencipta laman web sendiri. Dalam laman web ini, sya diminta untuk membentuk enam halaman iaitu halaman utama, tentang penulis, cerita pendek, cerita teladan, tugasan ilmiah dan aktiviti penulis. Kami telah diajar oleh tutor yang hebat bagi menghasilkan laman web yang hebat. wahh hebat ke? haha. hebat lah tu. orang lain belum tentu ada kan. Kepada sesiapa yang berminat sila lah layari laman web saya. Jemput-jemput lah tengok apa yang ada di dalam nya, Pasti tidak akan mengecewakan anda semua. hahaha ( ayat poyo seyhh)..

http://ceriteraminda.weebly.com/

=)



BBM 3410 PengalamanVideo Seram

Assalamualaikum teman-teman dan Dr Notts.. Hee.. Maaf di atas kelewatan men'publish'kan cerita ini. Bukan apa, berlakuknya kekangan waktu. Ye la kan. Budak final year kan. Sibuk memanjang. Kekadang nak bernafas pun Tak berapa nak sempat. Penat sungguh. Tapi sabar je la, bukan kita seorang pun yang lalui nye kan. Saya pasti semua kawan-kawan saya pun akan rasa perkara yang sama bila dah berada di tahun akhir nih. Masa ni lah nak teringat kat pesan senior-senior, "semoga selamat la kamu nanti jadi budak tahun akhir". Ingatkan semata nak takutkan junior, tapi rupa-rupanya memang betol lah. Tenkiu senior untuk nasihat. Alhamdulillah..selamat lagi sampai ke hari ini. hehe.

Oh ya..niat utama bukan nak bercerita pasal penat tak penat, sibuk tak sibuk tapi nak bercerita pasal pengalaman video seram yang telah kami lakukan suatu ketika dulu. Haha macam dah lama na kan. (memang da lama pun) hee..Ok ok, jom kita bercerita.

Mula-mula Dr Notts bagi tugasan ini, perkara yang pertama yang bermain di dalam kepala " macam mana nak buat muka hantu nih " al maklum la..cerita seram kan, mestilah hantu-hantu je. Takkan cerita pasal kereta pulak kan. Pening-pening pikir..jalan cerita pun tak ada lagi, duk asyik pikir cam mane nak buat muka hantu. ( haha, excited nak jadi hantu). Rupa-rupanya Dr tak fokuskan kepada cerita hantu semata. Cerita bunuh-bunuh pun boleh jadi seram kalau kita pandai buat. Haaa..pada masa tu, sah-sah la kami memilih cerita bunuh-bunuh. Tak sanggup nak buat cerita hantu memandangkan semua penakut kan. huhu.

Disebabkan video ini saya tak balik cuti semester..tak pe lah berkorban sambil keluar air mata. huhu. Mula-mula tu kami membuat papan cerita mengenai cerita seram yang bakal dibuat. lepas abes tiga empat hari perah otak pikir jalan cerita, barulah kami mula fikir tentang alatan yang ingin digunakan.

Keesokan harinya, kami mula memasang khemah memandangkan jalan cerita kami berkenaan dengan khemah-khemah. Hampir seharian juga kami mengadap benda alah ini. Memang memenatkan tapi takpe lah demi tanggungjawab. Kami rela berkorkan. Rela lah walau baju habis dibasahi dengan sos, dengan peluh. Penat badan penat otak. Walaupun penat tapi kami tetap bersemangat dalam membuat tugasan ini. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dalam memainkan watak. Setelah berhempas pulas membuat rakaman, inilah hasilnya. jemput-jemput la tengok ye. =)




* Malu nih..tapi tahan jep..^^V




Thursday 11 April 2013

siMpulan OOhh BahaSa Oohh UPM

Assalamualaikum kome-kome semua.
Minggu lepas saya mendapat tugas untuk menceritakan tentang makna peribahasa melalui gambar. menarik bukan? sangatttt menarik..haha. Ini di antara pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupa kan sepanjang saya belajar di UPM.( kredit to Dr. Notts).
Sebelum ini tak pernah pun terfikir akan mendapat kerja sedemikian rupa. Sangat-sangat teruja semasa proses pembuatan projek simpulan bahasa ini. (projek katanya).hehehehe..
Pada mulanya, semasa di dalam kelas BBM3410, kami diminta untuk menyediakan lebih kurang 12 jenis simpulan bahasa. Masing-masing menjadi kelam kabut kerana ingin memikirkan simpulan bahasa yang ingin dipilih supaya tidak sama dengan kumpulan lain. phewww..nebes pun ada jugak waktu ni. sabar je lah..pengalaman semua ni. ^^.

Selepas itu, bermulalah pengembaraan kami dalam melakonkan watak-watak bagi menampakkan makna setiap peribahasa tersebut. Nak kata susah pun tak, nak kata senang pun tak. Yang paling tertanya-tanya, " agak-agak Dr paham tak ni? Dr tau tak ni" huhu

Makan masa berhari-hari jugak la nak siapkan kerja ni, nampak je simple tapi mencengkam otak jugak beb. huhu. Walau apapun, saya akan masukkan semua pengalaman ni dalam list pengalaman manis dalam kamus hidup saya. Sejujurnya, melalui kelas ini saya banyak mempelajari banyak benda atau perkara yang sebelum ni saya tidak pernah terfikirkannya. ^^

Jom kita tengok gambar untuk simpulan bahasa. (terdetik di dalam hati nih.."agak-agak awak-awak semua paham tak?" hehehe)

                                                               Mati katak


                                                                  Haji Bakhil




                                                            Kupu-Kupu Malam





                                                                  sarung nangka
                                                                     Anak Emak









                                                                    Ni anak ikan neh..hehe





                                                                   Pekak Badak


hehe..semoga terhibur... ^^V




Saturday 30 March 2013

Semai Ohhh Semai

tanggal 23 Mac, satu program semai bakti telah di adakan kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kebudayaan dan sosiolinguistik. Sudah menjadi satu kebiasaan, sesiapa yang mengambil kursus ini akan berpeluang untuk mengikuti lawatan luar. Seronok sungguh. betol~

 tapi dalam pada nak berseronok tu, kami telah diberikan satu tugasan untuk disiapkan. Asaimen la tuh..Program ini dijalankan selama dua hari satu malam. kami semua berangkat pergi ke Kampung Batu Tujuh, tapah pada pukul 8.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11.30. (agak-agak la, tak sure sangat sebenarnya).

Sepanjang program ini berlaku, saya memperolehi banyak pengalaman yang saya tidak boleh dapatkannya melalui buku. rasa teruja melampau sebab sebelum ini, tidak pernah berpeluang berjumpa dengan golongan orang asli. tapi pada kali ini, dapat berpelung bersembang dan bersemuka dengan mereka.

dapat mempelajari bahasa mereka? sudah semestinya la kan. boleh lah cikit-cikit daripada tak tahu langsung. salah satu daripadanya eng hook ea.. nak tau maksudnye? haha, jangan lupa kol. ( ini semua poyo)

Jom terokai dunia semai. ^^

Ni masa pas persembahan tarian sewang..

Yang ni plak masa perjalanan nak pergi perumahan orang asli.. masuk dalam semak kadang-kadang besh jugak..=,="
 

Haha..perjalanan menjadi lambat disebabkan oleh kami. biasalah..tak boleh renggang ng kamera


Ni masa kat tapak perkhemahan. jambatn gantung.. air sungai dia besh. kolam i panas gitu.

ambik gambar reramai..hew3


Ni masa nak naik bas nak balik dah ni.. muka excited sume. huhuhuhu

Video one shOt UPM ( Robek haTiku Aihhh) ^^V

 Perghh..sepagi shooting..penat seyh. Ni baru buat video, dah rasa macam nak pitam. sesiapa yang buat cerita, drama, filem dan bla bla bla tu tak tahu la macam mana kan. fuhhh..penat sungguh..satu hari habiskan masa nak fikir step, satu hari buat video then trus edit sampai malam. penat sungguh badan. rasa cam lenguh satu badan (over na ayat) hahaha.

walaubagaimanapun, hasilnye tetap memuaskan hati kami. hew3. kepada sesiapa yang teringin nak muntah jenguk-jenguklah tengok video kami. hahahahaha.. tapi rasanya tak da la sampai termuntah. harap-harap bolehlah mengurangkan tension anda-anda sekelian. kalau boleh buat anda tersenyum pun dah kira ok.. ohh ya, dalam pada pembikinan video itu berlaku. di sini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada encik asrul sebab bagi pinjam kamera yang canggih manggih tuh, kepada encik nazra yang sudi luangkan masa untuk pegang kamera yang canggih mangih . huhu..kepada group bidasari unnie dan kepada peminat-peminat di luar sana. weksss.. ^^v. jom layan gambar semasa pembikinan.



Ni masa belum mula pape lagi..hew3.



ni baru nak start nih..
its begin..huhu. malu seyh..tahan je yob.


 Pabila gadis bertemu kamera..gini la jadinya. aishhh, pantang betol korang nih.




 At last, yehaaa ! sume dah setel. video dah setel, cover album dah setel. tinggal nak jual di pasaran jep. hahahaha.. jangan lupa beli tau.


sampai di sini dulu ye. nanti kita post lagi. assalamualaikum.

Monday 11 March 2013

BBM3410 0hh tidakk !


ouh penat dan penat..tiap-tiap hari penat.
ujung minggu pun penat. hadoii.. memang begini rupanya jadi student final year.
sumpah penat. dengan asaimen berlambak. dengan PITA yang tak siap-siap.
dengan program yang tak sudah-sudah. haishh.. sampai kesudah duk tang tu jugak. sob3.
kadang-kadang nak marah pun ada tapi ape boleh buat. yang dah dimulakan kena jugak diselesaikan. huhu. ayuh bonzai, tetapkan hati teguhkan semangat. juz play with it. =)