Thursday 30 May 2013

BBm 3410 : Salam Terakhir.






SITI NOR ATIKAF BINTI SALLEH
157105

Assalamualaikum Dr Notts dan sahabat dunia akhirat.
Tetiba rasa sedih pulak time nak tulis blog kali nih. Umm...Rasa macam kejap je kan. Dah sampai hujung sem dah. Sem ni paling kejap masa berlalu..tak sama dengan sem satu yang rasa macam lamaaaa sangat. Sem nih merupakan sem paling mencabar bagi aku sebagai pelajar di UPM. Banyak sangat tugasan, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum tamat belajar. Campur dengan projek ilmiah tahun akhir lagi, dengan asaimen yang bertimbun-timbun bagai bukit lagi, video sana video sini. Huhu menangis dalam hati. Sabar je lah. Banyak-banyak kelas yang aku ambil sem nih kelas BBM3410 paling menguji tahap mental dan fizikal aku. Sungguh. Setiap kali masuk kelas otak dan perut aku mula mengecut. Takut. Takut dengan Dr Notts yang garang. (haha, garang ke? DR baik kan..kan ) Dan setiap kali masuk kelas jugak bermakna kena bersedia dengan tugasan yang baru. Tugasan itulah kadag-kadang buat aku rasa macam nak gigit laptop pun ada. Tapi sebenarnya aku tau, aku tau Dr tahu yang terbaik buat aku dan rakan-rakan. Dr Notts tahu apa yang sedang dia lakukan. DR sedang latih aku untuk menjadi seorang yang kental di masa akan datang. Masa depan bukan boleh kita rancang kita nak yang bagaimana. Semuanya adalah takdir Allah.

Dan sesungguhnya, aku banyak mempelajari ilmu baru yang mungkin aku tidak dapat memperolehinya di luar sana, jauh sekali di dalam buku. Ilmu yang aku tak sangka aku akan dapat. Aku tahu bagaimana rasanya bekerja di bawah tekanan bos yang suka mengarah dan memaksa. Aku juga tahu erti bekerjasama dalam pasukan dan yang paling penting aku tahu apa itu sahabat. Aku sayang sahabat-sahabat aku yang terdiri dari kelas BBM3410 itu sendiri. Mereka mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dalam menjalani kehidupan. Terima kasih sahabat. Buat Dr Notts, terima kasih mengajar saya yang dunia tidak semudah yang disangkan. Terima kasih juga untuk segala ilmu yang dicurahkan kepada saya secara langsung mahupun tidak formal. Demi Allah, saya sayang Dr dan sahabat saya. Ada rezeki, kita jumpa lagi dilain masa. Maaf kalau ada kekurangan dari diri ini yang telah menyingung perasaan mana-mana pihak. Nanti raya jemput datang rumah ye.

Oh ya, sebelum  itu, ini tugasan video yang telah kami lakukan sepanjang menuntut ilmu di dalam kelas BBM 3410 : selamat menonton.




VIDEO SERAM SEYHHH.



KAT BAWAH NIH VIDEO ONE SHOT..




NI VIDEO PENGAJARAN: ADAB MEMANDU ( BITARA, JEJARI PATAH, BIDASARI UNNIE)





*Video tanpa wajah ( BBm3410: Video tanpa wajah Bidasari Unnie) dan Video realiti orang Malaysia ( BBM 3410 Realiti Orang Malaysia) tidak boleh dimuat naik di sini. Harap maaf atas kesulitan yang berlaku. Rajin-rajin lah tengoknya di Utube ye. ^^v.


Dan ini pula gambar-gambar unik yang telah dihasilkan oleh gabungan kumpulan Bidasari Unnie, Bitara dan Jejari Patah. Semoga terhibur.


























































Salam akhir..
Terima Kasih Dr Notts tersayang..terima kasih sahabat-sahabat yang dikasihi.
Tanpa anda, siapalah saya.



BBM 3410 LAMAN WEB


Tugasan seterusnya yang telah dibekalkan kepada saya ialah tugasan mencipta laman web sendiri. Dalam laman web ini, sya diminta untuk membentuk enam halaman iaitu halaman utama, tentang penulis, cerita pendek, cerita teladan, tugasan ilmiah dan aktiviti penulis. Kami telah diajar oleh tutor yang hebat bagi menghasilkan laman web yang hebat. wahh hebat ke? haha. hebat lah tu. orang lain belum tentu ada kan. Kepada sesiapa yang berminat sila lah layari laman web saya. Jemput-jemput lah tengok apa yang ada di dalam nya, Pasti tidak akan mengecewakan anda semua. hahaha ( ayat poyo seyhh)..

http://ceriteraminda.weebly.com/

=)



BBM 3410 PengalamanVideo Seram

Assalamualaikum teman-teman dan Dr Notts.. Hee.. Maaf di atas kelewatan men'publish'kan cerita ini. Bukan apa, berlakuknya kekangan waktu. Ye la kan. Budak final year kan. Sibuk memanjang. Kekadang nak bernafas pun Tak berapa nak sempat. Penat sungguh. Tapi sabar je la, bukan kita seorang pun yang lalui nye kan. Saya pasti semua kawan-kawan saya pun akan rasa perkara yang sama bila dah berada di tahun akhir nih. Masa ni lah nak teringat kat pesan senior-senior, "semoga selamat la kamu nanti jadi budak tahun akhir". Ingatkan semata nak takutkan junior, tapi rupa-rupanya memang betol lah. Tenkiu senior untuk nasihat. Alhamdulillah..selamat lagi sampai ke hari ini. hehe.

Oh ya..niat utama bukan nak bercerita pasal penat tak penat, sibuk tak sibuk tapi nak bercerita pasal pengalaman video seram yang telah kami lakukan suatu ketika dulu. Haha macam dah lama na kan. (memang da lama pun) hee..Ok ok, jom kita bercerita.

Mula-mula Dr Notts bagi tugasan ini, perkara yang pertama yang bermain di dalam kepala " macam mana nak buat muka hantu nih " al maklum la..cerita seram kan, mestilah hantu-hantu je. Takkan cerita pasal kereta pulak kan. Pening-pening pikir..jalan cerita pun tak ada lagi, duk asyik pikir cam mane nak buat muka hantu. ( haha, excited nak jadi hantu). Rupa-rupanya Dr tak fokuskan kepada cerita hantu semata. Cerita bunuh-bunuh pun boleh jadi seram kalau kita pandai buat. Haaa..pada masa tu, sah-sah la kami memilih cerita bunuh-bunuh. Tak sanggup nak buat cerita hantu memandangkan semua penakut kan. huhu.

Disebabkan video ini saya tak balik cuti semester..tak pe lah berkorban sambil keluar air mata. huhu. Mula-mula tu kami membuat papan cerita mengenai cerita seram yang bakal dibuat. lepas abes tiga empat hari perah otak pikir jalan cerita, barulah kami mula fikir tentang alatan yang ingin digunakan.

Keesokan harinya, kami mula memasang khemah memandangkan jalan cerita kami berkenaan dengan khemah-khemah. Hampir seharian juga kami mengadap benda alah ini. Memang memenatkan tapi takpe lah demi tanggungjawab. Kami rela berkorkan. Rela lah walau baju habis dibasahi dengan sos, dengan peluh. Penat badan penat otak. Walaupun penat tapi kami tetap bersemangat dalam membuat tugasan ini. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dalam memainkan watak. Setelah berhempas pulas membuat rakaman, inilah hasilnya. jemput-jemput la tengok ye. =)




* Malu nih..tapi tahan jep..^^V